Khamis, 27 Jun 2013

MULAKAN LANGKAH DARI SEKARANG

Asalamualaikum.. 

alhamdulilah.. syukur alhamdulilah.. dalam semingu cuti ni, saya sehat mcm biasa.. hihi.. masih bercuti dari kesibukan klinik yang sering membawa tekanan di kepala.. hahaha..

emm.. sementara cuti masih ada, boleh la sya update blog  diari foto ni.. hahah.. nanti masa bz.. susah pula mau update.. hihi..kan? kan?..^______^

idea semua ni tercetus, bila c dia berminat sangat dengan  kerjaya WEDDING PHOTOGRAPHER, boleh buat part-time career katanyaaa..(hahaha.. sya sokong..)  jadi untuk menjayakan idea ni.. sya senaraikan peralatan asas yang perlu dicari.. hihi.. jum sya kongsikan..
DRYBOX.. ni tempat simpan kamera, untuk pastikan DSLR sentiasa kering, body dan lens2nya.  mengelakkan dari terkena anasir2 fungus yang menjadi mimpi ngeri para pemilik DSLR.. hihi.. 
(RM 250 dapat dah..)

TRIPOD STAND.. fungsi untuk letak DSLR.. boleh guna untuk apa juga keadaan,
(RM 150-***** haha.. bergantung pada jenama.. lebih mahal dan lebih tahan lama tau..)

BATTERY GRIP+BATTRY.. untuk memastikan kamera cukup tenaga.. haha, dan battry grip tu menyenangkan tangan mau pegang kamera.. nak tegakkan ke.. hihi..
(RM 300-****.. bergantung pada model dan jenama DSLR..)

LENS.. xperlu la sya terangkan kegunaan benda ni.. hihi.. tapi untuk asas.. kitlens 18-55mm dengan 18-200 atau 55-300 dah cukup untuk wedding.. terpulang pada budi bicara hati masing2.. hihihi..
(agak mahal lens2 ni.. tapi tak perlu beli semua.. 1 atau 2 dah cukup..)

EXTERNAL FLASH & SPEED LIGHT..  alat ni berguna sangat2 bila snap dalam keadaan kurang cahaya.. terutama majlis di dalam dewan, rumah, atau snap waktu malam.. hihi..
(RM 400 dah boleh dapat dah...)


itu la dia serba-sedikit peralatan yang tersenarai di dalam kertas permulaan.. dan yang paling penting.. KOMITMEN untuk melangkah.. dan mulakan dari SEKARANG.. mana tau boleh jadikan kerjaya tetap bila dah pencen.. hihihi... 

ok lah.. harap semua happy.. Assalamualaikum..^______^...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan