Selasa, 23 Julai 2013

BELAJAR PHOTOGRAFI PANTAS, CARA SAYA..^_______^..



ASALAMUALAIKUM

ni bukan kes angkat bakul sendiri aa... hahaha... tapi sya mau bercerita... sesetengah kawan sya yang lebih dulu ada kamera power2.. bertanya.. macam mana kamu hasilkan gambar ni... ^_______^.. jujurnya sya blum pernah menghadiri sebarang krusus  atau bengkel asas photografi.


dalam hati terasa nak senyumm ja.. tapi xla riak.. xbaik..(ALLAH xsuka hambanya menunjuk2..) dengan rasa teruja sya ceritakan.. hihihi... tapi kali ni bukan la mau cerita tentang penghasilan gambar ni.. saya nak kongsikan cara pantas saya dan anda juga boleh belajar photografi.... sudah sedia semua.. kalau berani korang cubalah...^_______^..



  • DAPATKAN DIRI ANDA SEBUAH KAMERA.
kamera ni tak kisah DSLR , digital kompak, yang penting kamera, yang ada progrem Manual Setting , Aperture, Shutter.. (kalau belajar dengan kamera lomo, filem.. sya langsung tak tau.. hihi)

perlu kita tau.. kamera DSLR atau yang sepower dengannya, tidak akan menghasilkan gambar mcm ni kalau terus snap.. hihi.. kita perlu belajar dahulu caranya..^______^..



  • BACA MANUAL BOOK KAMERA, SAMBIL BELEK2 BUTANG PADA BODY SEKSI KAMERA BARU KORANG..(HAHAHA...)
layan kamera korang pada mlm pertama, belai2 dan buka manual book. Manual book adalah benda yang penting selepas body kamera... buka lens2 yang panjang dan traipod2 yang tinggi... baca buku putih tu 2,3 kali.. faham sifat kamera, apa guna ni, guna tu.. pastikan baca manual dulu baru gantung kamera di leher.. 


  • TENGOK MENU KAMERA BARU KORANG, FAHAMI SETIAP FUNGSI YANG ADA, SAMBIL KORANG TANGKAP2 GAMBAR.
part ni paling best.. bila korang sudah mula mengambil gambar, relex jangan gopoh.. baru pegang kamera nak keluar shoot bunga, kumbang dan awek2.. (hahaha) bawa bertenang.. ambil gambar di sekitar rumah.. jadikan semua subjek snap.. kenali dan fahami setiap fungsi di dalam menu kamera anda.

  • FAHAMI PROGREM.. AUTO DAN MANUAL.
auto dan manual adalah dua progrem yang berbeza. auto, atau automatik bermaksud kita memberikan sepenuh kepercyaan kepada kamera kita untuk menentukan setting terbaik untuk menangkap satu gambar, manakala manual pula, kita mengatur sendiri setting kamera untuk mendapatkan hasil gambar yang kita inginkan..


  • BANYAKKAN MEMBACA, BLOG, BUKU2 PHOTOGRAFI, DAN FORUM
membaca jambatan ilmu, dan kemahiran.. hihihi.. dah ada kamera, dah master butang dan menu, dah habis baca manual book, dan- dah try2 snap gambar... sekarang masa untuk tambahkan ilmu.. belajar gunakan SHUTTER, APERTURE dan ISO.. kompenen segitiga yang mempengaruhi kecantikan gambar anda...  banyakkan membaca dan fahami bagaimana ia berfungsi.

  • YOU TUBE, VIDEO TENTANG PHOTOGRAFI
salah satu medium pembelajaran yang sangat baik untuk memahami Shutter , Aperture dan ISO... banyakkan bahan, fahami setiap butir dan try pada kamera korang. tengok-pause-try pada kamera- snap- tak faham- ulang lagi... hihihi.. sya selalu buat macam ni.. 


  • CARI KAWAN YANG MINAT PHOTOGRAFI.
cari kawan ni, bagi korang yang ada kawan minat benda yang sama.. macam saya, cuma ada 2-3 orang yang minat bidang ni.. hihihi(dia pun minat^____^).. boleh kongsi2, bagi pendapat dan sesi kritik mngkritik... haha.. 


  • TRY AND ERRO
cuba dan salah, tangkap gambar dalam manual setting, tengok gambar.. lebih gelap, usik2 iso dan shutter... try lagi.. lebih terang.. usik2 lagi.. sampai dapat apa yang korang inginkan.. jangan malas, kalau minat, jangan malas cepat puas hati. Teruskan usaha, 100 gambar untuk 1suasana.. tak salah

  • FB, KUMPULAN DSLR, PHOTOGRAFI, GENG2 PHOTOGRAFI.
join geng2 dan kumpulan photografi dalam komuniti fb.. berkawan dengan diorang otai2.. cek hasil gambar diorang, tengok2 dan jangan diam ja.. korang upload pic korang pula.. minta CnC, biasanya otai2 akan bagi tips dan kongsi benda best.. hihihi.. (yang baik ambil, tak baik singkirkan.. penting!!)


  • BAJET BERIBU BUKAN SEBAB UTAMA PIC CANTIK.
sesetengah dari kawan2 lepas beli kamera, 2-3 hari pakai kamera, terus nak beli lens yang mahal tahap gaban.. haha..(sya pun mcm tu dulu...tapi^_____^) tapi setelah sya baca  apa ada pada kitlens.. niat nak habiskan duit beribu tu hilang.. hihihi.. korang wajip baca entri ni.. hihihi..


  • SELALU TENGOK GAMBAR2 HASIL TANGAN OTAI2, KAWAN, DAN SIAPA SAJA.
cara ini akan menghasilkan lebih dan lebih banyak idea bagi korang untuk menghasilkan gambar. sangat berkesan.. hihi.. tapi jangan la sampai meniru ya.. cuma jadikan sebagai guide korang untuk menghasilkan pic saja.. 


hihi.. setakat ni tu saja tips sya ada.. sya akan terus update tajuk ni.. hihihi^______^

harap semua happy.. asalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan